Monday, 25 June 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sabah amat dikenali dengan pelbagai tempat menarik seperti pulau, Gunung Kinabalu mahupun kepelbagaian makanan yang mencorak kepada kepelbagaian kaum di negeri Sabah. Bagi menampung pengunjung yang datang melawat, penginapan seperti hotel, resort, asrama amat giat membangun. Pembangunan ini membawa banyak faedah kepada persekitaran seperti peluang pekerjaan dan sebagainya. 

Beberapa kaedah di fikirkan perlu untuk mengurangkan masalah kekurangan tempat penginapan. Antara kaedah yang difikirkan adalah melalui program HOMESTAY. Program ini diperkenalkan bukan sahaja membantu pengunjung dalam aspek tempat penginapan tetapi memberi pendedahan kepada pengunjung tentang budaya yang terdapat di negeri Sabah ini. Dengan kos penginapan yang berpatutan, kini Homestay berkempang pesat dan menjadi tarikan pengunjung untuk bermalam di mana-mana daerah di negeri Sabah.

Diharap agar pengusaha Homestay dapat terus berkembang maju mencapai kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengunjung disamping memperkanalkan budaya dan adat resam di persada dunia. Tahniah kepada pengusaha diatas usaha sungguh-sungguh anda dalam membantu diri, keluarga, masyarakat dan negara secara umumnya kearah lebih cemerlang bersama kemantapan rohani yang di tuntut oleh agama kita.

Tahniah dan teruskan usaha kerana kecemerlangan tidak jauh dihadapan, hanya memerlukan sedikit usaha lagi maka anda akan lebih cemerlang.

Wednesday, 20 June 2012

Keluarga Perumahan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Organisasi tempat berkerja adalah struktur yang dibentuk ke arah pengurusan dan pentadbiran yang lebih teratur, terancang dan berkualiti. Kualiti juga dapat diukur melalui beberapa perkara seperti ikatan kekeluargaan di dalam organisasi tersebut. Ukhwah yang mantap menghasilkan komunikasi dan ikatan yang jauh lebih baik daripada kita sangkakan. Diharap kekeluargan yang di tunjukkan akan berkekalan selamanya kerana apabila kita merapatkan silaturahim maka amat besar pahala yang diberikan oleh Nya.

Semoga terus cemerlang dalam apa juga kita lakukan. Insyallah.

Monday, 21 May 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah kita berjumpa lagi setelah sekian lama tidak melakarkan coretan ilmu dan maklumat yang boleh kita kongsi bersama. Doa yang terbaik kepada semua pembaca dengan harapan dan keyakinan bahawa anda terus cemerlang, sihat dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk masa hadapan.

Ada pepatah mengatakan bahawa Hidup Merupakan Satu Pilihan, sedar atau tidak bahawa setiap tindakan yang kita lakukan dan lalui adalah pilihan untuk ke seterusnya. Apa-apa pun yakin dan percayalah bahawa tuhan tidak akan meletakkan kita pada sesuatu situasi melainkan Dia tahu bahawa kita mampu untuk menghadapi situasi tersebut.

Selamat meneruskan kehidupan yang semakin untuk kita hampir kepada kecemerlangan. Tambahkan sedikit usaha lagi dan insyallah kita akan dapat apa kita mahukan.

Wasalam

- Thinker -

Monday, 16 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.









Selamat tahun baru 2012, semoga tahun ini terus membawa kecemerlangan, kebaikan dan kehebatan untuk diri kita. Pastikan anda berada dalam keadaan yang sihat untuk memperkasakan otak dan watak menjadi insan yang baik di muka bumi ini. Kata-kata pujangga, tidak perlu untuk menjadi hebat cukup sekadar menjadi baik kerana kehebatan kita belum tentu diperolehi dengan cara yang baik TETAPI insyallah dengan kebaikan melalui keilmuan dan keimanan maka kita boleh mendapatkan kehebatan secara tidak langsung.