Monday, 26 September 2011

Untuk Kira Mengerti

Dalam hidup kita akan sentiasa bersama dengan situasi negatif yang akan menidakkan semangat kita.Apa yang penting adalah kita harus tahu bahawa itu adalah datang dari Allah yang ingin menguji kita seadanya. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu  yang tidak kita ketahui. Yakinlah bahawa pintu kejayaan dan kebahagiaan itu tidak hanya 1 malah terbuka untuk semua umat Nya dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Thursday, 8 September 2011

Berbuka Puasa

Ukhwah kekeluargaan amat penting dalam mengeratkan perhubungan silaturahim.




Inilah dinamakan "Keluarga"

Wednesday, 7 September 2011

INTAKE BARU

Selamat Datang Pelajar Baru 2011


Tahniah

Friday, 19 August 2011

GAMBAR MENARIK UNTUK DILIHAT










RENUNGAN JUMAAT



Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :"Tidak ada seorang pun antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri."
(H.R Bukhari)

PENGHARGAAN


Anda berhak mendapat penghargaan diatas apa yang anda telah lakukan dalam memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Berikan diri anda kebahagiaan, ketakwaan dan keredhaan dalam menempuhi kehidupan yang penuh mencabar. Tahniah diatas usaha anda selama ini.

Thursday, 18 August 2011

Kenderaan berserta rumah untuk dijual


Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kenderaan sekali package dengan rumah boleh la melihat gambar seperti yang disertakan. Selamat berpuasa dan ceria-ceria selalu. Jangan lupa senyum kerana senyum itu sedekah yang mudah tanpa modal.

Sunday, 7 August 2011

Hari Ini, Esok & Kelmarin


Hari ini adalah pengalaman, Esok adalah harapan dan Kelmarin adalah kenangan. Apakah pengalaman yang ada pada kita hari ini untuk masa depan esok yang kita harapkan dan adakah yang kita lakukan ini meninggalkan suatu kenangan yang terbaik untuk diari kehidupan kita selama ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Thursday, 4 August 2011

Pesanan dan Wasiat

Dan di antara rahmat pemberianNya, ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti), supaya kamu berehat padanya (malam hari) dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
(Al Qasas : 73)

"Janganlah engkau menjadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok di waktu pagi hari sedangkan engkau ketika itu masih terbaring di atas katilmu."
(Wasiat Lokman Al-Hakim)


"Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain."

"Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan."

"Sesiapa yang mahu kebahagiaan di akhirat maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu."

"Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir."
(Wasiat Imam Syafie r.a)



Diriwayatkan daripada Nabi SAW beginda bersabda :

"Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya." 
(H.R Ahmad)

"Redha Allah SWT bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah SWT bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." 
(H.R Al-Hakim) 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturahim."
 (H.R Bukhari) 

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu denganya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya." 
(H.R At-Tobrani)


Diriwayatkan daripada Miqdam r.a katanya :

Rasulullah SAW : "Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada memakan makanan hasil dari usaha tanganya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud a.s makan dari hasil usaha tangan baginda sendiri." 
(H.R Bukhari)

Wednesday, 3 August 2011

SEGERAK BORNEO MELAKAR SEJARAH TERSENDIRI

Setiap detik merupakan sejarah bagi kehidupan dan setiap kehidupan merupakan sejarah bagi setiap manusia. Lihatlah lakaran sejarah yang pernah mereka lakarkan dalam diari kehidupan mereka selama bergelar mahasiswa dan mahasiswi



















Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, bagi maklumat anda terkini supaya perhubungan silaturahim akan terus berkekalan selamanya. Maklumat boleh di emailkan kepada infobiz388@gmail.com. Tahniah dan terima kasih diatas sumbangan anda bersama melahirkan generasi yang berpendidikan untuk masa depan negara yang gemilang. Semoga anda terus cemerlang dalam apa juga yang anda lakukan.

Tuesday, 2 August 2011

Duit Raya 2011


Salam kengkawan mari bersama mencari duit lebih untuk belanja raya tahun ni. Just klik pada duitraya.biz/jeroy anda pasti dapat berbelanja untuk raya tahun ni. Selamat mencuba, tak rugi apa pun kalau cuba.

Pencarian...........


Apa sebenarnya yang dicari dalam kehidupan ???........ Cuba lihat gambar diatas, apa sebenarnya yang sedang dilakukan. Adakah mencari cahaya atau sekadar melihat titisan air yang mengalir.......... Mari bersama mencari kehidupan yang sebenarnya untuk kehidupan selamanya.... Selamat mencari...... Tapi cantik juga gambar tu kan.

Monday, 1 August 2011

KREATIF INOVATIF DAN POSITIF


Kepesatan pembangunan seharusnya selari bersama kepesatan intelektual dalam mengejar kecemerlangan pembangunan otak dan watak. Manusia harus kreatif dalam mencorak kehidupan yang diinginkan, punya daya inovatif dalam memikirkan kearah kecemerlangan yang berterusan dan positif dalam apa jua yang berlaku dalam kehidupan dan berserah kepada-Nya setelah usah sungguh-sungguh kita laksanakan.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN BULAN KEMERDEKAAN


Kepada semua pembaca khususnya AWDA TEAM, di ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan bulan Kemerdekaan. Kita sentiasa mengingati akan kasih sayang Allah kepada manusia maka dengan itu Allah mengurniakan hari Raya Aidilfitri kepada manusia melalui kemenangan dalam menempuhi dugaan semasa bulan Ramadhan. Begitulah juga pengorbanan orang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan bagai genarasi yang mendatang. Mereka telah pergi namun negara masih kukuh dan utuh untuk pembangunan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan. Mari lah bersama cintakan negara, cintakan keamanan dan pahat kasih sayang perpaduan dikalangan masyarakat untuk negara yang tercinta ini. Sayangi Malaysia seperti anda menyayangi diri anda kerana anda penyambung warisan. SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2011

Thursday, 31 March 2011

Kembara 2006

Berikut antara gambar kenangan Kembara 2006.
Sekiranya anda berada dalam gambar tersebut sila hantar maklumat anda
(Nama / Nombor Telefon / Alamat Semasa / Perkerjaan / Gambar)
ke infobiz388@gmail.com. Terima kasih












Kembara 2007

Berikut antara gambar kenangan Kembara 2007.
Sekiranya anda berada dalam gambar tersebut sila hantar maklumat anda
(Nama / Nombor Telefon / Alamat Semasa / Perkerjaan / Gambar)
ke infobiz388@gmail.com. Terima kasih