Thursday, 4 August 2011

Pesanan dan Wasiat

Dan di antara rahmat pemberianNya, ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti), supaya kamu berehat padanya (malam hari) dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
(Al Qasas : 73)

"Janganlah engkau menjadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok di waktu pagi hari sedangkan engkau ketika itu masih terbaring di atas katilmu."
(Wasiat Lokman Al-Hakim)


"Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain."

"Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan."

"Sesiapa yang mahu kebahagiaan di akhirat maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu."

"Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir."
(Wasiat Imam Syafie r.a)



Diriwayatkan daripada Nabi SAW beginda bersabda :

"Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya." 
(H.R Ahmad)

"Redha Allah SWT bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah SWT bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." 
(H.R Al-Hakim) 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturahim."
 (H.R Bukhari) 

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu denganya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya." 
(H.R At-Tobrani)


Diriwayatkan daripada Miqdam r.a katanya :

Rasulullah SAW : "Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada memakan makanan hasil dari usaha tanganya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud a.s makan dari hasil usaha tangan baginda sendiri." 
(H.R Bukhari)

No comments:

Post a Comment