Dalam hidup kita akan sentiasa bersama dengan situasi negatif yang akan menidakkan semangat kita.Apa yang penting adalah kita harus tahu bahawa itu adalah datang dari Allah yang ingin menguji kita seadanya. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak kita ketahui. Yakinlah bahawa pintu kejayaan dan kebahagiaan itu tidak hanya 1 malah terbuka untuk semua umat Nya dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Apabila 1 pintu kebahagiaan & kejayaan itu telah tertutup, kita kadangkala sering terpaku pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita lupa bahawa ada pintu kebahagiaan lain yang berada di hadapan kita. Oleh itu, kita harus sentiasa pandang ke hadapan untuk terus mengejar impian dan jadikan pengalaman lampau sebagai pengajaran dan pedoman.
ReplyDelete